Sokongan ketiga-tiga Timbalan Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, boleh mengakibatkan satu konflik kepentingan yang membimbangkan.
Ketua Sekretariat #RasuahBusters Nurhayati Nordin berpendapat ia sekaligus boleh mewujudkan konflik dalam melaksanakan siasatan ke atas Azam Baki yang terkait dakwaan isu pemilikan saham.